Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Unit Kejuruteraan Mekanikal di atas inisiatif mewujudkan laman web rasmi unit. Ini merupakan satu usaha yang memerlukan kesungguhan, kemahuan dan dedikasi yang sangat tinggi.
Diharapkan dengan kewujudan laman web ini maka batasan ilmu dan maklumat tidak lagi menjadi satu isu yang kritikal khususnya kepada para pelajar dan seluruh warga KMTK amnya. Saya ingin menggesa para pelajar agar dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan dilaman web ini pada tahap yang optimum agar apa saja objektif yang ingin dicapai akan tercapai pada tahap yang maksima. Selain dari itu, Saya juga megharapkan agar inisiatif untuk menghasilkan laman web yang berinformasi dan lebih interaktif sebegini dapat diusahakan oleh unit-unit yang lain juga.
Akhir sekali, saya ingin menutup kata-kata aluan di laman web ini dengan satu pepatah inggeris, iaitu :
" Goals are only achieved by those who were brave enough to take a chance or try.
All it takes is just believe you can do it."
Semoga kita sama-sama dapat merealisasikan visi dan misi kolej dengan mempelbagaikan sudut perspektif dan mungkin juga secara realiti maya.
Sekian, terima kasih.
KECEMERLANGAN MENJANA TEKNOKRAT KOMPETEN.